Written by 7:53 am Bola Sepak, Lain-Lain

Video: ‘Free Kick’ Cantik Messi Hanya Bantu Argentina Seri Menentang Chile

Penyerang handalan, Lionel Messi sekadar menyumbang satu jaringan sahaja menerusi sepakan percuma ketika menentang Chile pada aksi sulung melibatkan Kumpulan B kejohanan Copa America 2021, pagi tadi.

Messi menyempurnakannya dengan melakukan sepakan lencong ke arah bucu kanan gol sekaligus menewaskan penjaga gawang Chile, Claudio Bravo pada babak pertama.

Bagaimanapun pendahuluan yang dilakukan oleh Messi itu hanya bertahan sekitar 30 minit sahaja sebelum penyerang Chile, Eduardo Vargas merembat masuk bola tampanan kurang kemas Emiliano Martinez untuk menyamakan kedudukan.

Setelah terikat 1-1, kedua-dua pasukan cuba menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan. Bagaimanapun , kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel permainan ditiup oleh pengadil perlawanan.

Untuk aksi seterusnya, Argentina dijadualkan bertemu Uruguay pada sabtu ini. Manakala Chile pula bakal menghadapi Bolivia pada hari yang sama.

Featured Image: Copa America

(Visited 85 times, 1 visits today)
Close