Written by 6:02 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia • One Comment

Rabih Ataya Muncul Wakil Tunggal Liga Super ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2022

Pemain Kedah Darul Aman, Rabih Ataya muncul satu-satunya wakil daripada saingan Liga Super Malaysia yang layak untuk bermain di pentas Kelayakan Piala Dunia 2022 pusingan ketiga.

Ini kerana pasukan negaranya, Lubnan berjaya menempatkan diri selaku 5 pasukan naib juara terbaik dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan kedua sekaligus termasuk kalangan 13 pasukan terbaik asia pada ketika ini.

Walaupun berada di kedudukan ke-13 terbaik dan pusingan kelayakan seterusnya hanya memerlukan 12 pasukan, Lubnan terpilih bagi menggantikan Qatar yang telah pun layak ke saingan Piala Dunia selaku pasukan tuan rumah.

Lubnan menjadi pasukan naib juara kelima terbaik selepas mencatatkan tiga kemenangan dan satu seri dalam saingan Kumpulan H sekaligus mengumpul 10 mata secara keseluruhan.

Selain Lubnan, 11 pasukan yang layak ke pusingan tiga Kelayakan Piala Dunia 2022 ialah Syria, Australia, IR Iran, Arab Saudi, Jepun, UAE, Republik Korea, China, Oman, Iraq dan Vietnam.

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 1,074 times, 1 visits today)
Close