Written by 4:52 am Asia, Bola Sepak, Malaysia

Rating Sukanz: Gandingan Pemain Gantian Safawi-Syafiq Bantu Malaysia Cipta Kemenangan 

Skuad kebangsaan berhasil mencetak kemenangan 1-0 ketika menentang skuad jiran tetangga, Thailand dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan G dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jaringan kemenangan Malaysia disumbangkan oleh pemain gantian, Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada babak kedua.

Berikut adalah rating pemain-pemain skuad Harimau Malaya ketika menentang Thailand:

Penjaga Gol: Khairulazhan Khalid – 8/10

Cemerlang menafikan beberapa peluang tepat ke arah gawang Malaysia sepanjang permainan dan yang paling penting merekodkan ‘clean sheet’.

Pertahanan: Syahmi Safari – 5/10

Kebiasaannya beraksi di posisi bek kanan tetapi malam ini diletakkan di posisi bek kiri. Syahmi nampak bergelut untuk menyesuaikan diri. Acap kali ‘off position’ dan menyebabkan Thailand mengambil peluang untuk menyerang menerusi bahagiannya. Keluar pada minit ke-86 kerana kecederaan.

Pertahanan: Dion Cools – 7/10

Gandingannya bersama Aidil memastikan gawang Malaysia tidak bocor pada perlawanan ini. Banyak ‘cover’ Syahmi yang ‘off position’ ketika Malaysia diserang.

Pertahanan: Aidil Zafuan – 7/10

Gandingan yang baik bersama Dion Cools dan banyak memimpin barisan pertahanan ketika diserang. Terpaksa keluar pada minit ke-67 kerana kecederaan.

Pertahanan: Matt Davies – 6.5/10

Melakukan overlapping sehingga dapat menembusi kotak penalti Thailand. Ada kesefahaman baik bersama Arif Aiman. Namun, ada masanya Matt ‘off position’ disebabkan ghairah naik ke atas dan lupa untuk turun segera. Sekitar 10 minit terakhir, Matt beraksi di posisi bek kiri.

Pemain Tengah: Azam Azih – 7/10

Azam Azih menjadi nadi untuk bahagian tengah Malaysia. Selain itu, Azam antara pemain yang rajin membantu ketika Malaysia bertahanan. Dia terpaksa keluar pada minit ke-80 kerana mendapat kecederaan.

Pemain Tengah: Brendan Gan – 5/10

Tidak begitu menyerlah persembahan Brendan Gan di atas padang pada malam ini. Dia dikeluarkan pada babak kedua.

Pemain Tengah: Nazmi Faiz – 6.5/10

Aksinya bersahaja tetapi amat membantu Malaysia menguasai bahagian midfield dalam perlawanan ini. Ada melakukan beberapa percubaan ke arah gawang Thailand.

Penyerang: Arif Aiman – 5/10

Pada awalnya membentuk gandingan yang baik bersama Matt Davies di bahagian kanan tetapi selepas daripada itu, dia sedikit bergelut untuk terus memberikan impak. Arif dikeluarkan pada babak kedua.

Penyerang: Guilherme de Paula – 6.5/10

Rajin dan bermain dengan bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini. Melakukan pressing dan membantu pasukan bertahan ketika menghadapi sepakan penjuru. Memainkan peranan sebagai targetman dengan baik, ‘hold ball’ dan hantar kepada rakan sepasukan. 

Penyerang: Akhyar Rashid – 6.5/10

Aksi yang penuh bertenaga ditunjukkan oleh Akhyar dalam perlawanan ini. Beberapa kali menembusi kotak penalti lawan dan berhasil membuat percubaan. Turut rajin membantu ketika bertahan.

Pemain Gantian 1: Syafiq Ahmad – 6.5/10 

Masuk pada babak kedua dan kehadirannya beberapa kali membuka ruang buat Malaysia untuk masuk ke dalam kotak penalti Thailand. Penalti yang dimenangi oleh Safawi juga berpunca daripada Syafiq.

Pemain Gantian 2: Safawi Rasid – 6.5/10

Juga masuk pada babak kedua bersama-sama Syafiq dan menjadi penjaring tunggal perlawanan. 

Pemain Gantian 3: Dominic Tan – 5/10

Dominic masuk pada minit ke-67 menggantikan Aidil yang cedera. Memastikan Malaysia kekal tidak dibocori sehingga tamat permainan.

Pemain Gantian 4: Liridon Krasniqi – N/A

Dimasukkan pada minit ke-80 menggantikan Azam Azih. Tidak banyak dilakukannya sebagai pemain gantian di penghujung perlawanan.

Pemain Gantian 5: Rizal Ghazali – N/A

Dimasukkan pada minit ke-86 untuk menggantikan Syahmi Safari.

Featured Image: FAM

(Visited 119 times, 3 visits today)
Close