Artikel

Video: Gol Sheriddin Boboev Bantu Tajikistan Benam Myanmar 4-0

Penyerang Penang, Sheriddin Boboev turut meletakkan namanya selaku penjaring ketika pasukan negaranya membenam Myanmar 4-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, semalam.

Pemain berusia 22 tahun ini dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan jaringannya pula hadir pada minit ke-78.

Gol Sheriddin terhasil menerusi satu ‘tap-in’ bola hantaran lintang rendah oleh rakan sepasukannya, Shahrom Samiev. Lebih menarik, Sheriddin turut menjadi arkitek bagi serangan yang menghasilkan jaringan ketiga tersebut.

Highlights perlawanan Tajikistan menentang Myanmar

Kemenangan 4-0 tersebut membolehkan Tajikistan mengumpul 13 mata secara keseluruhan hasil daripada 4 kemenangan dan 1 seri sekaligus menduduki tangga kedua Kumpulan F dibelakang Jepun. 

Bagaimanapun, ianya tidak cukup untuk meletakkan Tajikistan dalam kalangan 4 naib juara terbaik bagi pusingan kedua sekaligus tidak layak untuk mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2022.

Featured Image: Malaysian Football League

komen