Written by 1:04 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Bek Kiri Berusia 20 Tahun, Adam Sertai Kelab Divisyen Dua Bosnia

Pertahanan kiri berusia 20 tahun, Adam Hamid diumumkan menyertai kelab divisyen dua di Bosnia & Herzegovina iaitu NK Zvijezda Gradačac.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak kelab selepas Adam menandatangani kontrak bersama mereka, semalam.

“Adam Hamid pemain bintang baharu, Adam datang jauh dari Malaysia berusia 20 tahun dan akan mengisi posisi bek kitri.” tulis kenyataan NK Zvijezda Gradačac.

Difahamkan Adam menandatangani kontrak selama bersama kelab tersebut selama semusim.

Sebelum ini, Adam pernah berkelana di Serbia bersama FK IMT dan skuad pelapis FK Crvena Zvezda atau lebih dikenali sebagai Red Star Belgrade.

Featured Image: NK Zvijezda Gradačac

(Visited 1,306 times, 1 visits today)
Close