Written by 5:14 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

ACL 2021: Yoichiro Kakitani Seru Rakan Sepasukan Berhati-hati Dengan Kelebihan JDT

Pemain tengah menyerang (attacking midfielder) Nagoya Grampus, Yoichiro Kakitani menyeru rakan sepasukannya berhati-hati dengan kelebihan yang dimiliki oleh Johor Darul Ta’zim pada aksi pertama peringkat Kumpulan G, saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Menurut bekas pemain skuad kebangsaan Jepun ini, dia dan rakan sepasukannya telah menonton beberapa rakaman video corak permainan JDT. Kakitani, 31 tahun, merumuskan skuad Harimau Selatan mempunyai kelebihan daripada segi disiplin dan corak permainan berpasukan.

Kesebelasan utama Nagoya Grampus.

“Kami juga telah melihat rakaman video JDT dan mereka (dilihat) sangat berdisiplin dan serta bermain sebagai satu unit, jadi kami perlu berhati-hati dengan kelebihan yang mereka miliki,” katanya dipetik daripada laman AFC.

Sementara itu, skuad bimbingan Benjamin Mora perlu bersiap sedia mempertajamkan bahagian serangan sekiranya ingin menembusi gawang pasukan yang menduduki tangga kedua J.League ini.

Hal ini kerana Nagoya antara pasukan yang memiliki benteng pertahanan yang ampuh. Statistik menunjukkan mereka hanya mencatatkan bolos sebanyak 13 gol sahaja dalam 20 aksi J.League yang telah dilalui mereka setakat ini. 

Angka ini merupakan yang kedua terendah dalam saingan divisyen satu di negara matahari terbit tersebut.

Musim lalu, mereka menjadi pasukan yang paling liat gawangnya untuk ditembusi dengan hanya melepaskan 28 – terendah dalam saingan J.League 2020.

Penjaga gol kelahiran Australia, Mitch taruhan utama Nagoya Grampus.

Semua rekod ini hasil daripada mereka mempertaruhkan bekas penjaga gol Borussia Dortmund, Mitchell Langerak di hadapan gawang mereka semenjak tahun 2018.

Untuk makluman, perlawanan di antara Nagoya Grampus menentang JDT akan berlangsung pada hari esok dengan sepak mula dijadualkan pada jam 10 malam waktu Malaysia.

Featured Image: Nagoya Grampus

(Visited 164 times, 1 visits today)
Close