Written by 2:33 pm Bola Sepak, Malaysia

Halim Saari Dijangka Pulih Sepenuhnya Pada Penghujung Tahun

Pemain tengah Selangor, Halim Saari yang mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dijangka bakal pulih sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Perkembangan itu disampaikan oleh ahli fisioterapi Selangor, Helber Ricard sambil memuji Halim yang cukup komited mengikuti segala rancangan pemulihan yang diberikan.

Ketika ini, pemain tengah berusia 26 tahun ini sedang memasuki fasa kedua pemulihan ACL.

“Halim sangat profesional sepanjang sesi pemulihannya. Dia mengikuti setiap rancangan yang telah ditetapkan. 

“Selama fasa pertama, dia telah melakukan pemulihan dengan baik terutama dalam menjaga kaki kanannya dalam keadaan kuat dengan semua latihan dilakukan di gim,”

“Sekarang dia berada dalam fasa kedua pemulihannya di mana fokusnya akan lebih kepada program pengukuhan bersama saya dan Jurulatih Khairulanwar (jurulatih kecergasan). 

“Kami sangat berpuas hati dengan kemajuan pemulihannya,”

“Halim kemungkinan akan pemulihan sepenuhnya pada akhir tahun ini dan akan dapat mengikuti program latihan pasukan pada pramusim berikutnya untuk bersiap sedia untuk pertandingan Liga M musim depan,” katanya seperti dipetik daripada Selangor FC.

Halim ditimpa kecederaan ini ketika turun menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada aksi kedua Liga Super pada mac lalu.

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua pemain kelahiran Kulim, Kedah ditimpa kecederaan yang cukup menggerunkan buat mana-mana pemain bola sepak profesional ini.

Kecederaan ACL pertamanya berlaku ketika menentang pasukan yang sama dalam aksi separuh akhir Piala FA 2017.

Featured Image: Selangor FC

(Visited 59 times, 1 visits today)
Close