Artikel

Gagal Dapatkan Hazwan Bakri, PJ City Pertaruhkan Mahali & Khyril Sebagai Penyerang

Petaling Jaya City (PJ City) akan mempertaruhkan dua pemain senior iaitu Mahali Jasuli dan Khyril Muhymeen untuk mengetuai jentera serangan setelah gagal mendapatkan khidmat bekas penyerang kebangsaan, Hazwan Bakri.

Ketika jendela perpindahan pertengahan musim yang dibuka sepanjang Mei lalu, PJ City yang dibimbing oleh P. Maniam berusaha untuk mendatangkan penyerang berusia 30 tahun tersebut untuk menyarung jersi The Pheonix untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2021.

https://sukanz.com/2021/05/28/pj-city-mahukan-hazwan-bakri-jdt-belum-berikan-sebarang-respon/

Bagaimanapun, usaha mereka untuk mendatangkan Hazwan tidak dapat direalisasikan dan memaksa PJ City untuk menaruh kepercayaan kepada barisan pemain sedia ada pada ketika ini.

Kedua-dua pemain tersebut dipertaruhkan untuk menggantikan penyerang berdarah kacukan, Darren Lok yang mengalami keretakan di bahagian fibula dan memerlukan tempoh pemulihan tiga minggu lagi sebelum kembali menyertai latihan bersama pasukan.

https://sukanz.com/2021/06/10/kecederaan-berpunca-daripada-kekasaran-orang-lain-asam-garam-bola-sepak-darren-lok/

Untuk pengetahuan semua, PJ City muncul satu-satunya pasukan yang menggunakan 100% pemain lokal untuk mengharungi saingan musim ini. Setakat 13 yang telah dilalui, PJ City telah meraih 3 kemenangan dan 6 seri untuk menduduki tangga kelapan liga.

Untuk perlawanan seterusnya, PJ City akan menerima kunjungan Sabah di halaman sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 24 Julai kelak.

Featured Image: Petaling Jaya City FC

komen