Written by 6:43 pm Lain-Lain

OPPO, Getty Images Warnakan Semula Foto Ikonik Sukan Tenis Sempena Kejohanan Wimbledon

OPPO dan Getty Images meraikan kehadiran semula kejohanan tenis, Wimbledon dengan menjalinkan kerjasama menerusi pelancaran kempen baharu, Courting the Color.

Menerusi kempen ini, OPPO dan Getty Images mewarnakan semula foto-foto ikonik dalam sukan tenis versi hitam putih untuk menceritakan semula kisah di sebalik setiap foto.

Sebanyak tujuh foto diwarnakan semula untuk tatapan para peminat tenis seluruh dunia. Berikut adalah tujuh foto tersebut:

Wanita Afrika-Amerika pertama yang memenangi kejohanan Wimbledon, Althea Gibson dirakam sedang meninggalkan gelanggang bersama-sama rakan senegaranya, Darlen Hard selepas perlawanan.
Lelaki Afrika-Amerika pertama yang memenangi kejohanan Wimbledon, Arthur Ashe yang dirakamkan pada tahun 1957. Bersama-sama dengannya di dalam foto tersebut ialah rakan senegaranya, Jimmy Connors.
Foto Helen Jacobs yang berada di Roland Garros, dirakamkan pada tahun 1934 mengubah fesyen di dalam sukan tenis. Dia menjadi wanita pertama yang mengenakan seluar pendek semasa beraksi di gelanggang berbanding memakai dress.
Ikon budaya, Fred Perry telah memenangi 14 kejuaraan utama sebelum mencipta jenama pakaian sukan ikonik yang mengubah fesyen dunia. Foto ini dirakamkan pada tahun 1934.
Pelopor fesyen, Suzanne Lenglen dirakamkan bersama-sama Elizabeth Ryan.
Ahli The All England Croquet Club dirakamkan di luar pavilion Wimbledon pada tahun 1870. Pada tahun 1877, selepas kejohanan pertama tenis, kelab in menukar namanya kepada The All England Croquet and Lawn Tennis Club.
Foto ini dirakamkan pada tahun 1946 di mana kejohanan Wimbledon kembali diadakan selepas Perang Dunia ke-2. Kerosakan akibat daripada serangan The Blitz masih boleh dilihat di belakang penonton tersebut.

Untuk makluman, kejohanan Wimbledon kali ini telah membuka tirainya pada 21 Jun dan bakal berakhir pada 12 Julai 2021.

(Visited 73 times, 1 visits today)
Close