Artikel

Petronas SRT Ambil Pelumba Amerika Syarikat Ganti Franco Morbidelli

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas SRT) membuat keputusan untuk mengambil khidmat pelumba Amerika Syarikat, Garret Gerloff untuk menggantikan Franco Morbidelli bagi mengambil bahagian dalam perlumbaan GP Belanda di Litar Assen, penghujung minggu ini.

Perkembangan ini diumumkan sendiri oleh Petronas SRT menerusi laman sesawang rasminya, semalam. Untuk makluman, ketika ini, Garret merupakan pelumba GRT Yamaha WorldSBK dalam kejohanan superbike dunia.

Petronas membuat keputusan untuk menggantikan Franco kerana pelumba kelahiran Itali berusia 26 tahun tersebut mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan pertengahan minggu ini.

Garret Gerloff ketika beraksi dalam kejohanan superbike dunia bersama GRT Yamaha WorldSBK

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kali pertama Garret akan menunggang jentera M1. Musim lalu, Garret pernah menunggang jentera ini untuk menggantikan Valentino Rossi yang disahkan positif covid-19 ketika bersama Monster Energy Yamaha di Litar Valencia.

Featured Image: Instagram Garret Gerloff

komen