Written by 1:49 pm Bola Sepak, Malaysia

Arif Aiman, Hakimi Abdullah Pilihan Coach Nidzam Isi Posisi Kiri Harimau Malaya

Bekas pengendali Felda United, Nidzam Jamil memilih pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman untuk mengisi posisi sayap atau penyerang kiri dalam skuad Harimau Malaya pilihannya.

Selain pemain lincah berusia 19 tahun tersebut, Nidzam turut merasakan penyerang kiri Terengganu, Hakimi Abdullah turut boleh diisi di posisi tersebut dalam skuad kebangsaan.

“(Posisi) kiri pada pendapat saya untuk masa ini, (Arif) Aiman tetapi budak Terengganu tu ‘not bad’ yang bernama Hakimi,” katanya.

Beliau berkongsikan mengenai pilihannya tersebut ketika dalam satu sesi sembang di Instagram Live bersama Joe Zakaria, pada minggu lalu.

Tangkap layar sesi sembang antara Joe Zakaria dan Nidzam Jamil di Instagram Live, baru-baru ini.

Secara keseluruhannya, pilihan kesebelasan utama jurulatih berusia 41 tahun ini di bahagian penjaga gol dan barisan pertahanan hampir sama.

Nidzam memilih Farizal Marlias sebagai penjaga gol, Corbin-Ong sebagai bek kiri, Matt Davies sebagai bek kanan. Hanya gandingan pertahanan tengah sahaja ada perubahan dengan menggandingkan Dion Cools bersama Shahrul Saad.

Sementara itu, trio pemain tengah pilihannya ialah Natxo Insa sebagai holding midfielder. Manakala, Brendan Gan dan Nazmi Faiz dipilih untuk bermain sebagai pemain No.8 berganda.

Bagi pemain sayap kanan, Safawi Rasid menjadi pilihannya dan akhir sekali, di posisi penyerang utama, Nidzam memilih Syafiq Ahmad.

Malaysia XI Pilihan Coach Nidzam:

Farizal Marlias (GK)

Matt Davies (RB) – Shahrul Saad (CB) – Dion Cools (CB) – Corbin-Ong (LB)

Nazmi Faiz (MF) – Natxo Insa (MF) – Brendan Gan (MF)

Safawi Rasid (RW) – Syafiq Ahmad (CF) – Arif Aiman (LW)

Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Terengganu FC

(Visited 1,921 times, 1 visits today)
Close