Written by 4:11 pm MotoGP, Permotoran

MotoGP: Yamaha & Maverick Vinales Umum Perpisahan

Pasukan Monster Energy Yamaha dan pelumbanya, Maverick Vinales mengumumkan tidak akan bergandingan bersama lagi setelah tamatnya saingan MotoGP 2021.

Perkara tersebut diumumkan oleh laman sesawang Monster Energy Yamaha secara rasmi pada hari ini.

Untuk makluman, kontrak pasukan Yamaha dan pelumba berusia 26 tahun ini sepatutnya tamat pada penghujung tahun hadapan.

Namun dengan pengumuman ini, kerjasama antara kedua-dua pihak ianya tamat setahun lebih awal berbanding tempoh masa seperti ditandatangani pada kontrak asal.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan komitmen penuh untuk menamatkan saingan MotoGP musim ini dengan pencapaian sebaik mungkin.

Untuk rekod, ini merupakan tahun kelima Maverick Vinales beraksi bersama jentera kilang, Monster Energy Yamaha. 

Featured Image: Monster Energy Yamaha

(Visited 96 times, 1 visits today)
Close