Written by 6:17 pm Bola Sepak, Futsal, Gaya Sukanz, Lain-Lain, Malaysia

PEMULIH: Bantuan ‘One-Off’ RM3,000 Kepada Pengusaha Industri Sukan

Kerajaan mengumumkan bantuan ‘one-off’ kepada perniagaan yang tidak dapat beroperasi sepenuhnya di bawah fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk pengusaha industri sukan dan operator arena sukan.

“Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan one-off sebanyak 3 ribu ringgit kepada mereka.” kata Perdana Menteri semasa berucap secara langsung dalam pembentangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), petang tadi.

Antara pengusaha industri sukan dan operator arena sukan yang bakal mendapat bantuan ‘one-off’ tersebut seperti padang bola sepak, futsal, gymnasium, bowling dan sebagainya yang hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga PPN kelak.

Untuk makluman, kerajaan mengumumkan kita kini berada dalam PPN dalam usaha untuk beralih keluar daripada pandemik Covid-19. Ianya meliputi peralihan secara berperingkat yang merangkumi 4 fasa.

(Visited 680 times, 1 visits today)
Close