Artikel

Olimpik 2020: Perancis Senaraikan Penyerang Berusia 35 Tahun, Mbappe Disisihkan

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) telah mengumumkan senarai 18 pemain yang akan mewakili Perancis untuk beraksi dalam acara bola sepak lelaki di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketua jurulatih, Sylvain Ripoll membuat kejutan dengan menyenaraikan penyerang senior berusia 35 tahun, Andre-Pierre Gignac untuk mengetuai barisan skuad bawah 23 tahun (B-23) di temasya yang akan bermula 22 Julai kelak.

Untuk pengetahuan semua, kali terakhir Gignac menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis adalah pada tahun 2016 ketika beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Dunia bagi benua eropah.

Selain Gignac yang kini beraksi bersama Tigres UANL dalam saingan Liga Mexico, Sylvain turut menyenaraikan pemain sayap, Florian Thauvin (28 tahun) dan Teji Savanier (29 tahun) untuk memenuhkan kuota pemain yang melebihi umur 23 tahun ke temasya berkenaan.

Sementara itu, pemain bintang Les Bleus yang berusia 22 tahun, Kylian Mbappe disisihkan oleh Sylvain untuk dibawa ke Tokyo.

Untuk makluman, skuad Olimpik Perancis akan memulakan kempen Sukan Olimpik dengan menentang Mexico (22 Julai), Afrika Selatan (25 Julai) dan Jepun (28 Julai).

Senarai penuh 18 pemain skuad Olimpik Perancis:

Penjaga Gol: G. Larssonneur (Stade Brestois 29), P. Bernardoni (Angers SCO).

Pertahanan: B. Badiashile (AS Monaco), A. Caci (RC Strasbourg), P. Kalulu (AC Milan), C. Michelin (RC Lens), W. Saliba (OGC Nice – dipinjamkan oleh Arsenal), M. Sarr (Porto – dipinjamkan oleh Chelsea).

Pemain Tengah: E. Camavinga (Rennes), M. Caqueret (Olympique Lyon), J. Ikone (Lille), T. Savanier (Montpellier), F. Thauvin (Tigres UANL), L. Tousart (Hertha BSC).

Penyerang: Andre-Pierre Gignac (Tigres UANL), A. Gouiri (OGC Nice), R. Kolo Muani (FC Nantes), A. Nordin (Saint-Etienne).

komen