Written by 12:20 pm Bola Sepak, Eropah • One Comment

Olimpik 2020: Sepanyol Bariskan Cabellos, Asensio, Merino Serta 6 Pemain Skuad Senior

Skuad Olimpik Sepanyol yang dibimbing oleh Luis de la Fuente telah mengumumkan senarai 22 pemain yang akan beraksi dalam saingan bola sepak lelaki pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo bermula 22 Julai kelak.

Saingan temasya yang diadakan setiap empat tahun sekali ini turut membenarkan pasukan-pasukan yang bertanding menyenaraikan tiga pemain yang berusia 23 tahun ke atas. Bagi tiga pemain tersebut, Sepanyol mempertaruhkan Dani Cabellos (24 tahun), Marco Asensio dan Mikel Merino (25 tahun).

Daripada senarai 22 pemain tersebut, Fuente turut menyenaraikan enam pemain daripada skuad senior yang sedang beraksi di pentas eropah, Euro 2020 pada saat ini. Mereka ialah Unai Simon, Eric Garcia, Pau Torres, Pedri, Mikel Oyarzabal dan Dani Olmo.

Menurut makluman, kesemua pemain ini kecuali yang sedang beraksi bersama skuad senior akan mula berkumpul pada hari ini bagi mengikuti kem latihan pusat sebagai persediaan sebelum berlepas ke Tokyo.

Senarai penuh 22 pemain Skuad Olimpik Sepanyol:

Penjaga Gol: Alvaro Fernandez (Huesca), Unai Simon (Athletic Club), Alex Domínguez (Las Palmas).

Pertahanan: Oscar Mingueza (Barcelona), Jesus Vallejo (Granada), Eric Garcia (Barcelona), Pau Torres (Villarreal), Oscar Gil (Espanyol), Juan Miranda (Real Betis).

Pemain Tengah: Marc Cucurella (Getafe), Jon Moncayola (Osasuna), Martin Zubimendi (Real Sociedad), Dani Ceballos (Real Madrid), Mikel Merino (Real Sociedad), Carlos Soler (Valencia), Pedri (Barcelona).

Penyerang: Bryan Gil (Sevilla), Marco Asensio (Real Madrid), Dani Olmo (RB Leipzig), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Rafa Mir (Wolves), Javi Puado (Espanyol).

(Visited 207 times, 1 visits today)
Close