Written by 3:57 pm Uncategorized

Status Saingan Piala AFC Diteruskan Atau Tidak Diketahui Ahad Ini

Status saingan kedua tertinggi bola sepak asia, Piala AFC samada diteruskan ataupun tidak akan diumumkan selewat-lewatnya pada Ahad ini.

Perkembangan itu dilaporkan oleh Harian Metro selepas menghubungi Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John, semalam.

Badan induk itu juga mengakui masih belum menemui lokasi untuk penganjuran kejohanan bagi Kumpulan H dan I yang turut melibatkan dua pasukan dari Malaysia iaitu Terengganu dan Kedah Darul Aman.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John

“Hujung minggu ini (keputusan Piala AFC di teruskan atau tidak).” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Pada masa yang sama, pihak AFC memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status kejohanan tersebut bagi peringkat ASEAN dalam masa terdekat.

“Belum (ada negara yang mahu). Ya (akan ada kenyataan media),” tambahnya lagi.

Untuk makluman, saingan Piala AFC melibatkan Kumpulan H dan I sepatutnya dilangsungkan di Singapura selaku tuan rumah. 

Bagaimanapun, penghujung Mei lalu, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan menarik diri selaku hos berikutan peningkatan kes covid-19 di negara republik berkenaan.

Baru-baru ini, Indonesia dikatakan berminat untuk menjadi tuan rumah bagi menggantikan Singapura. Tambahan pula, mereka turut mempunyai dua pasukan dari Indonesia yang beraksi di pentas ini iaitu Bali United dan Persipura Jayapura.

Akan tetapi, Indonesia turut berhadapan dengan peningkatan kes pandemik Covid-19 pada ketika ini sehingga memaksa Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menangguhkan saingan liga di negara terbabit.

Featured Image: AFC

(Visited 241 times, 1 visits today)
Close