Written by 7:51 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

ACL 2021: Hasrat JDT Balas Dendam Ke Atas Pohang Tidak Kesampaian

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membalas dendam ke atas kekalahan 1-4 di tangan Pohang Steelers pada isnin lalu nampaknya tidak kesampaian pada hari ini.

Sebaliknya, skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan ini terpaksa akur tewas tangan Pohang sekali lagi dengan skor 2-0 dalam aksi timbal balik melibatkan Kumpulan G, saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021.

Pohang yang dibimbing oleh Kim Gi-dong membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Lee Seung-mo. Hanya berselang empat minit kemudian, Pohang menggandakan kedudukan menerusi Kang Sang-woo pula.

Memasuki babak kedua, JDT menampilkan persembahan yang lebih menyakinkan berbanding babak pertama. Ada beberapa gerakan berjaya sampai ke dalam kotak penalti namun gol yang dicari masih tidak kunjung tiba.

Mora turut mengarahkan beberapa pertukaran dengan membawa masuk Guilherme de Paula, Mohamadou Sumareh, Syamer Kutty, Nazmi Faiz dan Ramadhan Saifullah namun ianya masih tidak dapat membantu mengubah skor 2-0 yang tertera di panel LED.

Untuk perlawanan seterusnya, JDT akan bertemu wakil Jepun, Nagoya Grampus. Pertemuan ini bakal berlangsung pada hari ahad, 4 Julai dengan sepak mula dijadualkan pada jam 10 malam waktu Malaysia di Stadium Rajamangala.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 82 times, 1 visits today)
Close