Written by 4:42 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Kelayakan Piala Dunia: Rabih Ataya Bakal Bertemu Iran, Korea, UAE, Iraq & Syria

Skuad kebangsaan yang diwakili oleh pemain import Kedah Darul Aman, Rabih Ataya bakal bertemu 3 pasukan dari asia barat serta masing-masing sebuah pasukan dari asia tengah dan asia timur dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.

Hasil undian yang berlangsung di AFC House, Kuala Lumpur pada hari ini telah meletakkan Lubnan bersama-sama Syria, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Republik Islam Iran (Iran) dan Republik Korea dalam Kumpulan A.

Hasil undian pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

Pemain tengah lincah Kedah ini antara watak yang memacu Lubnan layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022. Selain itu, skuad kebangsaannya juga telah layak secara automatik untuk menyertai saingan Piala Asia 2023 di China.

Untuk makluman, Rabih muncul satu-satunya pemain yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia layak untuk bermain di peringkat ini. 

Pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia ini akan berlangsung bermula September hadapan sehingga Mac 2022. Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pentas Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar.

Sementara itu, pasukan yang menduduki tangga ketiga setiap kumpulan akan bermain dalam perlawanan playoff.

Featured Image: Kedah Darul Aman

(Visited 57 times, 1 visits today)
Close