Artikel

Olimpik 2020: Korea Senaraikan Sebahagian Skuad Yang Pernah Ditumpaskan Malaysia Tahun 2018

Republik Korea atau lebih dikenali sebagai Korea Selatan telah mengumumkan senarai 18 pemain yang akan dibawa untuk menyertai acara bola sepak lelaki dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam.

Menariknya, daripada 18 pemain yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), empat daripadanya terdiri daripada pemain yang pernah membarisi skuad Sukan Asia di Indonesia sekitar 3 tahun yang lalu.

Mereka ialah Hwang Ui-jo (penyerang), Kim Jin-ya (pemain tengah), Kim Min-jae (pertahanan) dan Song Bum-keun. Keempat-empat pemain ini merupakan sebahagian daripada kesebelasan utama yang turun menentang Malaysia B-23 pada aksi peringkat Kumpulan E di temasya terbabit.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Korea Selatan B-23 di masa itu dikejutkan dua jaringan oleh bintang yang sedang meningkat naik, Safawi Rasid pada babak pertama.

Skuad muda Taeguk Warrior hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja pada babak kedua sekaligus menyaksikan mereka tumpas dengan keputusan 2-1 di tangan skuad Harimau Muda.

Sungguhpun mereka tumpas kepada Malaysia yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee pada masa tersebut, Korea Selatan B-23 yang turut disertai oleh bintang Tottenham Hotspur, Song Heung-min tetap muncul juara dan merangkul pingat emas bagi acara bola sepak lelaki.

Manakala, penyerangnya, Hwang Ui-jo muncul selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan catatan 9 gol.

Sementara itu, senarai 18 pemain skuad Olimpik Korea Selatan turut menyaksikan nama Son Heung-min tidak disenaraikan oleh ketua jurulatih, Kim Hak-bum.

Berikut adalah senarai penuh 18 pemain skuad Olimpik Korea Selatan:

komen