Artikel

Video: Jaringan Kuzain Bantu RGV Padam Rekod Tanpa Kalah El Paso Locomotive

Pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal tampil menjaringkan satu gol ketika pasukannya, Rio Grande Valley atau dikenali sebagai RGV Toros membenam El Paso Locomotive dalam saingan USL Championship – Western Conference Mountain, hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu meletakkan namanya selaku penjaring setelah dia pantas mengambil peluang menyudahkan bola yang terbias terkena kaki pertahanan lawan di dalam kotak penalti pada minit ke-61.

Jaringan tersebut membantu pasukannya menamatkan perlawanan dengan skor 3-2 ke atas El Paso Locomotive. Kemenangan ini mengekalkan RGV Toros memimpin carta Western Conference Mountain dengan kutipan 20 mata setelah mengharungi 11 perlawanan.

Bukan itu sahaja, kemenangan ini juga turut memadamkan rekod tanpa kalah pasukan lawan musim ini.

Baca: FAM Sedia Menerima Mana-Mana Pemain Kacukan Berkualiti Termasuk Wan Kuzain

Untuk perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili oleh Wan Kuzain bakal bertemu Monterrey. Perlawanan itu bakal berlangsung pada Isnin hadapan dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8 pagi waktu Malaysia.

Saksikan sorotan perlawanan antara RGV Toros menentang El Paso Locomotive pada pautan di bawah:

komen