Artikel

Anak Jati Terengganu, Azreen Nabila Dipilih Wakili Malaysia Ke Sukan Olimpik 2020

Pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias disahkan terpilih untuk mewakili Malaysia bagi menyertai acara larian 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Azreen yang merupakan anak jati kelahiran Terengganu terpilih atas tiket ‘wild card’ setelah atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei layak menyertai Sukan Olimpik secara merit.

Pengesahan ini telah diumumkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi laman sosial MOM, pada hari ini.

Azreen, 21 tahun, mula mencipta nama ketika SUKMA 2018 yang berlangsung di Perak. 

Dalam temasya tersebut, dia berjaya merangkul 3 pingat emas serta mencipta rekod baharu bagi acara larian 100m dengan catatan masa 11.81 saat.

Selain Azreen yang terpilih buat pertama kali, dia akan ditemani 29 atlet lain yang turut terpilih untuk menyertai temasya yang diadakan setiap empat tahun sekali ini.

Untuk makluman, temasya Sukan Olimpik di Tokyo ini akan bermula 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021.

Berikut adalah senarai penuh atlet yang mewakili Malaysia ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020:

Featured Image: SUKMA Perak 2018

komen