Written by 9:36 pm Lain-Lain • One Comment

Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengumumkan Malaysia memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki pada tahun 2023.

Pengumuman itu dibuat oleh FIH menerusi siaran media yang dipaparkan oleh laman rasmi milik badan induk sukan terbabit, pada hari ini.

Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja merupakan pentas tertinggi buat pemain-pemain yang berusia bawah 21 tahun (B-21). Ianya akan disertai oleh 16 pasukan negara terbaik di dunia.

Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi hos Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja pada tahun 1982, 1989 serta menjadi penganjur bersama Singapura pada tahun 2009.

Selain itu, Malaysia pernah menjadi hos bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1975 dan 2002.

Featured Image: FIH

(Visited 27 times, 1 visits today)
Close