Written by 2:20 am Eropah, Malaysia

Video: Pemain Malaysia-Finland, Nooa Laine Raih Gol Sulung Dalam Kancah Veikkausliiga

Pemain tengah kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine meraih jaringan sulung dalam liga utama Finland, Veikkausliiga ketika mewakili pasukannya, SJK Seinäjoki menentang IFK Mariehamnin.

Pemain yang bakal menginjak usia 19 tahun ini berhasil meletakkan namanya selaku penjaring pada minit ke-15 setelah pantas mengambil peluang daripada pemain lawan yang gagal mengawal bola dengan baik.

Jaringan tersebut telah membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 3-0 serta melonjakkan pasukannya menduduki tangga keempat dalam carta liga selepas mengharungi 10 perlawanan.

Bukan itu sahaja, Nooa turut dinobatkan selaku ‘Man of The Match’ (MOTM) atas aksi yang memberangsangkan dalam perlawanan yang berlangsung di halaman sendiri, OmaSP Stadion, semalam.

Noaa Laine

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan ketujuh Nooa dalam saingan liga utama Finland. Pemain yang turut berkemampuan untuk beraksi di belakang penyerang dan sayap ini mencatatkan penampilan pertamanya ketika aksi keempat liga.

Untuk pengetahuan semua, Nooa yang diumumkan menyertai SJK Seinäjoki pada Januari lalu mempunyai kontrak bersama pasukan ini sehingga penghujung tahun 2022.

Selain itu, pemain yang mewarisi darah Malaysia menerusi bapanya pernah bermain bersama skuad kebangsaan Finland Bawah 17 Tahun (B-17) dan merekodkan sebanyak 9 penampilan.

Saksikan sorotan penuh perlawanan antara SJK Seinäjoki menentang IFK Mariehamnin pada pautan di bawah:

Featured Image: SJK Seinäjoki

(Visited 204 times, 1 visits today)
Close