Artikel

Olimpik 2020: Jerman Pertaruhkan 3 Pemain Senior – Kruse, Amiri & Arnold

Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mengumumkan senarai 19 pemain yang terpilih untuk berentap dalam acara bola sepak lelaki, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Saingan olimpik ini membenarkan penyertaan 3 orang pemain melebihi umur 24 tahun atau yang lahir selepas daripada 31 Disember 1996.

Justeru, untuk mendapatkan adunan terbaik, skuad bimbingan Stefan Kuntz ini menyenaraikan tiga pemain senior iaitu Max Kruse, Nadiem Amiri (penyerang) dan Maximilian Arnold (pemain tengah).

Selebihnya, skuad ini hanya dibarisi oleh pemain yang berumur 24 tahun dan ke bawah yang rata-ratanya datang daripada kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Jerman.

Pengumuman yang dilakukan oleh DFB turut menarik perhatian ramai, pada hari ini. Mereka mengumumkan senarai 19 pemain ini menerusi satu video yang bertemakan persis siri anime bola sepak Jepun, Captain Tsubasa.

Menurut makluman laman sesawang rasmi DFB, skuad bimbingan Stefan ini dijadualkan menentang Honduras dalam satu perlawanan persahabatan pada 17 Julai sebelum memulakan kempen Sukan Olimpik bermula 22 Julai.

Untuk makluman, skuad Jerman telah diundi bersama-sama Brazil, Ivory Coast dan Arab Saudi dalam Kumpulan. Saingan bola sepak di temasya Olimpik ini akan bermula 22 Julai dan tamat pada 7 Ogos 2021.

Berikut adalah senarai penuh pemain-pemain skuad olimpik Jerman:

Penjaga gol: Florian Muller (Stuttgart, 23 tahun), Svend Brodersen (St. Pauli, 24 tahun), Luca Plogmann (Werder Bremen, 21 Tahun).

Pertahanan: Jordan Torunarigha (Hertha BSC, 23 tahun), David Raum (Hoffenheim, 23 tahun), Benjamin Henrichs (RB Leipzig, 24 tahun), Amos Piper (Arminia Bielefeld, 23 tahun), Felix Uduokhai (Augsburg, 23 tahun), Josha Vagnoman (Hamburger, 20 tahun).

Pemain Tengah: Maximilian Arnold (Wolfburg, 27 tahun)*, Anton Stach (Greuther Furth, 22 tahun), Niklas Dorsch (Gent, 23 tahun), Arne Maier (Hertha BSC, 22 tahun), Ismail Jakobs (Koln, 21 tahun), Eduard Lowen (Hertha BSC, 24 tahun).

Penyerang: Max Kruse (Union Berlin, 33 tahun)*, Nadiem Amiri (Bayer Leverkusen, 24 tahun)*, Marco Richter (Augsburg, 23 tahun), Cedric Teuchert (Union Berlin, 24 tahun).

komen