Written by 1:12 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Visakha, Lalenok United Sertai Terengganu di Kumpulan I, Negara Tuan Rumah Masih Misteri

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memaklumkan kelab Kemboja, Visakha dan Timor Leste, Lalenok United akan menyertai saingan Kumpulan I, Piala AFC 2021.

Justeru, kedua-dua pasukan tidak perlu beraksi dalam saingan play-off sepertimana yang telah dijadualkan sebelum ini. Kedua-dua pasukan ini menyertai Kumpulan I yang terdiri daripada wakil Malaysia, Terengganu dan Singapura, Geylang International.

“Jawatankuasa pertandingan telah memutuskan untuk membatalkan saingan play-off Piala AFC antara Visakha dari Kemboja dan Lalenok United dari Timor Leste.” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AFC, hari ini.

“Kedua-dua kelab layak menyertai saingan peringkat kumpulan Piala AFC dengan Visakha mengisi kedudukan I1 dan Lalenok United mengisi kedudukan I2, bersama-sama Geylang International dari Singapura dan Terengganu dari Malaysia.” tambah kenyataan itu lagi.

Sementara itu, AFC turut memaklumkan keputusan ini dibuat kerana ketiadaan pasukan daripada Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) yang menjadi pengganti di kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Bagaimanapun, makluman daripada AFC pada hari ini mencetuskan tanda tanya, apakah saingan bagi Kumpulan I yang masih ketiadaan negara hos ini akan diteruskan?

Semalam, AFC menerusi satu kenyataan media memaklumkan, perlawanan Piala AFC peringkat kumpulan yang tidak dapat dijalankan ekoran ketiadaan atau penarikan diri negara hos akan dibatalkan serta dikategorikan sebagai ‘Force Majeure’.

Featured Image: AFC

(Visited 693 times, 1 visits today)
Close