Artikel

Hasil Undian ARMY, Butter Nyanyian BTS Akan Diputar Pada Final Euro 2020

Single terbaru Butter nyanyian kumpulan K-pop terkenal, BTS akan diputarkan pada perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley yang akan berlangsung pada jam 3 pagi, Isnin nanti.

Ia berikutan lagu Butter yang dilancarkan pada penghujung Mei lalu meraih peratusan undian tertinggi di twitter iaitu 46.6% atau sekitar 2 juta undian hasil sokongan padu daripada peminat tegarnya, ARMY.

Mengekori rapat ialah Kill My Mind oleh Louis Tomlinson dengan 43.8% undian dan disusuli oleh lagu Bad Guy nyanyian Billie Elish (6.5%) serta Yeah oleh Usher (3.1%).

Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi menerusi akaun twitter, @EURO2020 semalam, selepas menutup sesi undian tersebut dengan rekod hampir 4.5 juta undian secara keseluruhan.

Selain daripada Butter nyanyian BTS, tiga buah lagu lain turut dimainkan pada pentas final kejohanan bola sepak eropah tersebut kelak.

Tiga lagu tersebut ialah Kill My Mind nyanyian Louis Tomlinson, Adore You oleh Harry Styles dan Blinding Lights oleh The Weekend.

Untuk makluman semua, Itali telah mengesahkan kemaraan ke pentas final untuk kejohanan kali ini setelah menumpaskan Sepanyol pada awal pagi tadi.

Sementara itu, sebuah pasukan lagi samada Denmark atau England akan ditentunkan pada perlawanan yang akan berlangsung pada jam 3 pagi nanti.

Untuk yang tidak pernah mendengar lagu Butter nyanyian BTS, anda boleh tonton pada pautan di bawah:

komen