Written by 12:39 pm MotoGP, Permotoran

MotoGP Malaysia Diawalkan Seminggu Susulan Pembatalan Perlumbaan di Australia

FIM, IRTA dan Dorna Sports mengumumkan perlumbaan MotoGP Malaysia 2021 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan dilangsungkan pada 22 hingga 24 Oktober – seminggu awal dari tarikh asal.

Pindaan tarikh tersebut dibuat susulan pembatalan GP Australia di Litar Phillip Island ekoran sekatan perjalanan masuk ke negara tersebut dan masalah logistik disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MotoGP mengharapkan GP Australia akan dapat dilangsungkan kembali pada tahun hadapan.

Sementara itu, pihaknya turut berbesar hati mengumumkan penambahan GP Algarve yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal dalam kalendar MotoGP musim ini.

GP Algarve akan berlangsung pada 5 hingga 9 November kelak.

Featured Image: MotoGP

(Visited 46 times, 1 visits today)
Close