Written by 5:33 pm Asia, Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Pertahanan KL City, Giancarlo Sangka Panggilan Daripada Spurs Sekadar Gurauan

Pertahanan import Kuala Lumpur City (KL City) Giancarlo Gallifuoco menyangka panggilan telefon daripada Pengarah Teknikal Tottenham Hotspur, Tim Sherwood sekitar 9 tahun yang lalu hanyalah sekadar gurauan.

Bagaimanapun, ianya bukanlah gurauan semata-mata apabila Pengurus Spurs pada waktu itu, Harry Redknapp benar-benar mahukan khidmatnya selepas beraksi cemerlang bersama Torino dalam kancah Serie B di Itali.

Dipendekkan cerita, pemain kelahiran Sydney, Australia ini menerima kontrak bersama pasukan berpangkalan di London tersebut untuk tempoh 2 tahun setengah dan memberikannya pengalam beraksi dalam kancah bola sepak England.

“Saya ke Tottenham pada umur 18 tahun selepas persembahan saya dengan Torino yang ketika itu Serie B Itali meraih perhatian ramai sebelum Pengarah Teknikal Tottenham, Tim Sherwood menghubungi saya.

“Pada mulanya saya ingat hanya satu gurauan namun itu memang terjadi apabila dia mengatakan Harry Redknapp mahukan khidmat saya sebelum terbang ke sana dengan kontrak dua tahun dan enam bulan.” katanya.

Penyertaannya bersama Spurs telah memberikan pengalaman yang mahal buat dirinya. Di sana, Giancarlo berpeluang berlatih bersama penyerang utama England pada masa kini, Harry Kane yang ketika itu belum mencecah usia 20 tahun.

Antara pemain lain yang sempat berlatih bersamanya adalah pemain tengah Croatia, Luka Modric, penyerang sayap Wales, Gareth Bale dan penyerang skuad kebangsaan Togo, Emmanuel Adebayor.

“Pengalaman bermain serta berlatih dengan Harry Kane, Massimo Luongo, Ryan Mason, Tom Carroll dan Nabil Bentaleb yang waktu itu juga merupakan pemain remaja tidak boleh dilupakan selain Adebayor, Luka Modric, Kyle Walker dan Gareth Bale, ia menjadikan saya seperti pemain hari ini,” kongsinya lagi.

Selepas dua tahun bersama Spurs, Giancarlo berhijrah ke pasukan Swansea selama semusim sebelum menyertai kelab yang berpangkalan di tanah kelahirannya, Melbourne Victory pada tahun 2015.

(Visited 224 times, 1 visits today)
Close