Written by 12:56 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Benjamin Mora Mahu JDT Beri Tumpuan Untuk Memenangi Liga Super

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) bagi peringkat Kumpulan G telah menutup tirainya dan Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berkata tumpuan pasukannya selepas daripada ini adalah untuk memenangi saingan Liga Super Malaysia, sekali lagi.

“Agenda berikutnya adalah rehat dengan sebanyak mungkin. Kami perlu memulihkan diri dan memberikan tumpuan kepada Liga Super Malaysia, dimana kami cuba untuk memenanginya sekali lagi.” katanya seperti dipetik daripada laman rasmi AFC.

Kesebelasan utama JDT menentang Ratchaburi – Foto: JST

Semalam, skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan ini turun menentang Ratchaburi pada perlawanan keenam dan terakhir di peringkat kumpulan. 

Walaupun disahkan gagal layak ke peringkat ke seterusnya, JDT tetap mensasarkan untuk menutup saingan ini dengan kemenangan ke atas wakil Thailand tersebut sekaligus mahu mengumpul 6 mata secara keseluruhan.

Namun begitu, selepas bertarung 90 minit di atas padang, Mora dan anak-anak buahnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dan membawa pulang satu mata daripada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala.

“Kami telah cuba lakukan yang terbaik dalam kejohanan,”

“Kami telah menunjukkan semangat juang yang tinggi tetapi gol tetap tidak menjelma hari ini (semalam). Kamu hanya menang perlawanan ini dengan gol dan jika tidak, kamu pulang dengan satu mata.” jelasnya.

“Kami mempunyai empat mata dan saya gembira dengan tugas yang dilakukan, terutamanya dalam pembangunan dan prestasi keseluruhan pasukan.

“Sudah tentu, ada ruang untuk peningkatan antara pemain muda dan pemain yang matang, tetapi kami gembira.” tambahnya lagi.

“Kami sangat bertuah dalam berada dalam kejohanan ini dan gembira dapat meraih pengalaman bermain menentang pasukan yang kuat dalam Liga Juara-Juara AFC. Dengan organisasi tanpa lelah, AFC, gelembung kuarantin dijalankan dengan sangat baik.”

“Kami ingin berterima kasih kepada Thailand yang menerima kedatangan kami. Bangkok merupakan tempat yang cantik dan kami akan merindukan kejohanan ini.” ujarnya.

Untuk makluman, saingan Liga Super akan bersambung semula pada 24 Julai kelak. JDT yang dibimbing Mora dijadualkan bertemu UiTM di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Ibrahim pada aksi ke-14 liga.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 62 times, 1 visits today)
Close