Artikel

Kerajaan Negeri Beri RM10,000 Kepada Empat Atlet Selangor ke Sukan Olimpik

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 seorang kepada empat atlet kelahiran negeri ini yang terpilih mewakili Malaysia ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keempat-empat atlet tersebut ialah Phee Jing En (acara renang), Lee Hup Wei (acara lompat tinggi), Gavin Kyle Green (acara golf) dan Farah Ann Abdul Hadi (acara gimnastik artistik)

Perkara ini dimaklumkan oleh Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Mohd Khairuddin Othman menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

“Bagi membakar semangat atlet Selangor yang mewakili negara, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyediakan peruntukan sejumlah RM40,000 kepada permata sukan negeri Selangor ini,”

“Dengan inisiatif khas di bawah Kerajaan Negeri ini, diharapkan para atlet kita dapat membawa pulang pingat tertinggi serta menjulang Jalur Gemilang di negeri matahari terbit.” katanya dalam kenyataan media tersebut.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri akan memantau secara dekat pencapaian dan prestasi keempat-empat atlet ini dalam temasya itu nanti.

Untuk makluman semua, temasya Sukan Olimpik kali ini akan bermula pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021.

Featured Image: Farah Ann Instagram

komen