Written by 9:37 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Badminton Beregu Campuran Negara Diundi Bersama China, Jerman & Hong Kong

Pasangan badminton beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin bakal memulakan saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Kumpulan D.

Pasangan yang menduduki ranking ke-7 dunia itu telah diundi bersama-sama wakil negara China (Wang Li Yiu, Huang Dong Ping), Jerman (Mark Lamsfuss, Isabel Herttrich) dan Hong kong (Tang Chun Man, Tse ying Suet) dalam majlis undian yang berlangsung pada hari ini.

Cabaran paling sukar pastinya datang daripada pasangan China yang kini menduduki ranking ke-3 dunia. Sementara itu, pasangan beregu campuran Jerman dan Hong Kong masing-masing menduduki tangga ke-15 dan ke-13 dunia.

Saingan peringkat kumpulan beregu campuran akan memulakan saingannya pada 24 Julai 2021 bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.

Untuk makluman, pasangan beregu negara ini merupakan pemenang pingat perak semasa dalam acara badminton beregu campuran dalam temasya Sukan Olimpik Rio 2016.

Featured Image: BAM

(Visited 190 times, 1 visits today)
Close