Artikel

Olimpik 2020: Badminton Beregu Lelaki Diundi Bersama-sama Indonesia, Korea & Kanada

Pasangan badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal memulakan saingan dalam acara badminton beregu kategori lelaki di temasya Sukan Olimpik 2020 dalam Kumpulan D.

Pasangan yang menduduki tangga ke-9 dunia ini diundi menentang gandingan negara jiran tetangga Indonesia (Hendra Setiawan, Mohammad Ahsan), Korea (Choi Solgyu, Seo Seungjae) dan Kanada (Jason Anthony Ho-Shue, Nyl Yakura) dalam majlis undian yang diadakan, hari ini.

Untuk pengetahuan semua, pasangan beregu lelaki Indonesia merupakan gandingan yang sedang berada di tangga kedua dunia sementara Korea di tangga ke-8 dunia, pada ketika ini.

Saingan peringkat kumpulan ini akan bermula pada 24 Julai bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.

Sebagai rekod, gandingan Aaron Chia dan Wooi Yik merupakan pemenang pingat emas pada temasya Sukan SEA Filipina 2019.

komen