Written by 9:56 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Badminton Beregu Wanita Bakal Hadapi Jepun, Indonesia & Great Britain

Pasangan badminton beregu wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean telah diundi dalam Kumpulan A dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mei Kuan dan Meng Yean yang menduduki tangga ke-11 dunia ini diundi menentang pasangan daripada negara Jepun (Sayaka Hirota, Yuki Fukushima), Indonesia (Apriyani Rahayu, Greysia Polii) dan Great Britain (Chloe Birch, Lauren Smith) hasil undian yang diadakan pada hari ini.

Pasangan wanita negara ini dijangka menempuh laluan yang berliku untuk mara ke pusingan seterusnya kerana perlu berhadapan dengan beregu Jepun dan Indonesia yang merupakan gandingan No.1 dan No.6 dunia buat masa ini.

Manakala beregu wanita Great Britain pula menduduki tangga ke-14 dunia dalam ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Saingan peringkat kumpulan ini akan bermula pada 24 Julai bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.

Untuk makluman, gandingan Mei Kuan dan Meng Yuan ini merupakan pemenang pingat gangsa dalam acara beregu wanita di temasya Sukan SEA Filipina 2019.

Featured Image: BAM

(Visited 84 times, 1 visits today)
Close