Written by 10:35 pm Lain-Lain • One Comment

Olimpik 2020: Zii Jia Diundi Dalam Kumpulan M, Soniia Cheah Kumpulan N

Pemain badminton negara, Lee Zii Jia akan memulakan cabaran dalam acara badminton perseorangan kategori lelaki di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Kumpulan M.

Bintang muda berusia 23 tahun ini turun selaku pilihan juara ke-9 dan diundi bertemu wakil Perancis, Brice Leverdez dan Ukraine, Artem Pochtarov dalam satu majlis undian yang diadakan, hari ini.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan penampilan pertama atlet kelahiran Alor Setar, Kedah ke temasya Sukan Olimpik.

Pencapaian terbaiknya adalah juara All England yang dimenanginya pada bulan Mac lalu serta merupakan pemain badminton yang menduduki tangga ke-8 dunia, pada saat ini.

Sementara itu, pemain badminton wanita negara pula telah diundi dalam Kumpulan N.

Atlet berusia 28 tahun ini bakal berhadapan dengan wakil Thailand, Ratchanok Intanon dan Hungary, Laura Sarosi.

Pencapaian terbaik Soniia adalah meraih pingat perak pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan kini merupakan pemain badminton wanita yang menduduki tangga ke-35 dunia.

Kedua-dua acara perseorang lelaki dan wanita akan bermula pada 24 Julai bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.

Featured Image: BAM

(Visited 165 times, 1 visits today)
Close