Written by 4:41 pm Lain-Lain • One Comment

Sukan SEA Vietnam Ditunda Ke Tahun 2022 Ekoran Situasi Semasa Pandemik

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan temasya sukan dwitahunan asia tenggara, Sukan SEA Ke-31 yang bakal dilangsungkan di Hanoi, Vietnam ditunda penganjurannya ke tahun hadapan.

Keputusan tersebut dicapai selepas Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) bermesyuarat pada hari ini dan dimaklumkan oleh MOM menerusi laman sosialnya, sebentar tadi.

“SEAGF yang telah bermesyuarat pada hari ini bersetuju untuk menunda penganjuran Sukan SEA Ke-31 2021 ke tahun 2022.”

“Sebelum ini, Sukan SEA Ke-31 telah dijadualkan dari 12 November – 2 Disember 2021.”

“Anggota SEAGF menghargai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) tetapi memandang serius situasi semasa pandemik Covid-19 di rantau asia tenggara.” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh MOM.

Untuk makluman, tarikh baharu bagi temasya tersebut akan diberitahu oleh Majlis SEAGF kelak.

(Visited 87 times, 1 visits today)
Close