Written by 12:10 pm Asia, Bola Sepak, Eropah

Olimpik 2020: Dua Pemain Man Utd Dipilih Wakili Skuad Ivory Coast ke Tokyo

Dua pemain Manchester United iaitu Eric Bailly dan Amad Diallo disenaraikan oleh Ketua Jurulatih Ivory Coast Bawah 23 Tahun (B-23) untuk menyertai saingan bola sepak di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selain daripada dua pemain ini, Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF) turut menyenaraikan seorang lagi pemain berstatus bintang iaitu Franck Kessie, pemain tengah yang beraksi bersama AC Milan dalam saingan Serie A.

Franck Kessie

Eric Bailly, 27 tahun dan Franck Kessie, 25 tahun akan ditemani oleh penyerang sayap, Mory Keita, 25 tahun yang beraksi bersama kelab divisyen tiga Belgium untuk mengisi kuota tiga pemain lebih umur.

Selebihnya adalah pemain-pemain yang berusia 24 tahun dan ke bawah.

Untuk makluman, Ivory Coast diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama Arab Saudi, Brazil dan Jerman. Mereka akan memulakan perlawanan pertama dengan menentang Arab Saudi.

Untuk rekod, skuad Ivory Coast berjaya mengesahkan tempat ke acara bola sepak lelaki dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas muncul naib juara Africa U23 Cup of Nations 2019.

Berikut adalah senarai penuh skuad Ivory Coast B-23:

Featured Image: Manchester United

(Visited 160 times, 1 visits today)
Close