Artikel

Pelumba Malaysia-Indonesia Raih Tempat Ketiga Dalam ‘4 Hours of Monza’

Gandingan dua pelumba dari Malaysia, Jazeman Jaafar dan Indonesia, Sean Galael berjaya menaiki podium buat kali pertama setelah menamatkan perlumbaan ‘4 Hours of Monza’ di tempat ketiga dalam saingan European Le Mans Series (ELMS) 2021.

Lebih menarik, pasangan pelumba yang mewakili pasukan Jota Racing itu bermula di kedudukan ke-11 sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 4:01:31.344 bagi 125 pusingan di Litar Monza, Itali.

Catatan masa tersebut hanya berbeza 34.402s berbanding juara Julien Canal, William Stevens dan James Allen yang mewakili Panis Racing. Sementara itu, di tempat kedua ialah Philip Hanson, Jonathan Aberdein dan Tom Gamble dari pasukan United Autosports (4:01:02.055).

Untuk makluman semua, Jazeman, 28 tahun, merupakan bekas pelumba Formula Tiga (F3).

komen