Artikel

Olimpik 2020: Kerajaan Pulau Pinang Beri RM10,000 Kepada Atlet Badminton & Gimnastik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan memberikan RM10,000 kepada dua atlet yang bakal beraksi di temasya Sukan Olimpik 2020 iaitu Chang Peng Soon dan Jeremiah Loo Phay Xing.

Kedua-dua atlet tersebut yang merupakan kelahiran Pulau Pinang bakal beraksi dalam acara badminton beregu campuran (Peng Soon) dan gimnastik (Jeremiah).

Sumbangan tersebut diberikan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian, semalam.

“Dua atlet negeri yang bakal mewakili negara ke kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 masing-masing menerima RM10,000 Insentif Galakan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Rakyat Malaysia dan negeri Pulau Pinang khususnya akan terus memberi sokongan kepada Chan Peng Soon dan Jeremiah Loo Phay Xing untuk mencapai prestasi terbaik.” katanya menerusi satu hantaran di laman sosialnya.

Pada masa yang sama, Kon Yeow turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet yang terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di temasya empat tahun sekali tersebut.

Beliau turut mendoakan kedua-duanya untuk memberikan yang terbaik sekaligus dapat menyumbang kepada kilauan pingat buat kontinjen negara kelak.

Featured Image: Facebook Chow Kon Yeow

komen