Written by 6:53 pm Lain-Lain

Kekalahan Chong Wei di Olimpik London Paling Diingati Oleh Lee Zii Jia

Kekalahan bekas pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei kepada pemain China, Lin Dan semasa perlawanan akhir pada temasya Sukan Olimpik London 2012 antara yang paling diingati oleh Lee Zii Jia.

Zii Jia yang akan mewakili Malaysia di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak mendedahkan dia turut berasa kecewa apabila Chong Wei terpaksa akur tumpas pada set ketiga dengan skor 21-19 dalam perlawanan itu.

Untuk makluman, Chong Wei terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-15 sebelum Lin Dan bangkit memenangi set kedua dengan skor 21-10 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan tersebut.

“Bagi saya yang paling saya ingat di London (2012) semasa Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan, semasa itu saya masih ingat semua pemain badminton dan lain-lain di hostel sedang menonton di bilik TV,”

“Jadi semasa Datuk (Lee Chong Wei) kalah dekat final dengan Lin Dan tu kita semua ‘down’ sebab kita mungkin jangka Datuk menang kan, sebab dia mendahului dengan banyak mata, saya pun tidak sangka boleh jadi macam ni,” kongsinya dalam sidang media yang disiarkan oleh Astro, hari ini.

Lee Zii Jia

Olimpik 2020: Zii Jia Diundi Dalam Kumpulan M, Soniia Cheah Kumpulan N

Dalam acara badminton perseorang kali ini, Zii Jia yang turun selaku pilihan juara kesembilan telah diundi dalam Kumpulan M bersama-sama pemain Perancis, Brice Leverdez dan Ukraine, Artem Pochtarov.

Sekiranya layak selaku juara kumpulan, Zii Jia kemungkinan besar bakal bertemu dengan jaguh China, Chen Long pada peringkat kalah mati kelak.

Bagaimanapun, pemain muda berusia 23 tahun ini tidak gentar dengan laluan tersebut dan mengambil sebagai satu cabaran dalam usahanya untuk menjadi ‘top player’ dalam arena badminton dunia.

“Saya rasa kalau you nak jadi ‘top player’ tak kira siapa, ‘opponent’ siapa yang you kena lalui, saya rasa you kena kalahkan semua, itu barulah ‘top player’ bagi saya,” jelasnya dengan penuh bersemangat.

Featured Image: BWF

(Visited 275 times, 1 visits today)
Close