Written by 4:26 pm Eropah

Juara Sepanyol Minat Dapatkan Khidmat Jesse Lingard

Khidmat pemain tengah Manchester United dan England, Jesse Lingard dikhabarkan sedang diintai oleh juara liga Sepanyol, Athletico Madrid.

Perkembangan tersebut dilaporkan secara eksklusif oleh laman sesawang 90min sekitar awal pagi tadi.

Nama Lingard menjadi sebutan setelah dia tampil cemerlang ketika beraksi bersama West Ham United secara pinjaman, musim lalu.

Bersama skuad yang dibimbing oleh David Moyes itu, Lingard telah menjaringkan sembilan gol daripada 16 penampilan yang dilakukan di kelab yang berpangkalan di London tersebut.

Bagi penyokong-penyokong West Ham, mereka turut berharap Lingard kembali bersama mereka untuk saingan musim 2021/2022 yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.

Ketika ini, pemain berusia 28 tahun ini masih mempunyai baki kontrak selama semusim lagi bersama Red Devils.

(Visited 56 times, 1 visits today)
Close