Written by 12:50 pm Bola Sepak

PUMA Memperkenalkan But Baharu ULTRA 1.3

Jenama pakaian sukan terkenal, PUMA telah memperkenalkan but baharunya, ULTRA 1.3 serta buat pertama kalinya menawarkan rekaan untuk unisex dan spesifik buat wanita.

But ini dikatakan lebih ringan berbanding edisinya yang terdahulu, ULTRA 1.2 bagi membantu para pemain untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi semasa berlari.

Malah PUMA turut melakukan penambahbaikan terhadap but ini dengan GripControl Pro skin bagi membantu pemain meningkatkan lagi kawalan bola.

Antoine Griezmann
Kingsley Coman
Raphael Varane

Untuk makluman, but ini akan disarung oleh beberapa pemain bola sepak terkenal dunia seperti Antoine Griezmann, Kingsley Coman, Sergio Agüero, Nikita Parris dan Eugénie Le Sommer.

Berikut adalah foto-foto but baharu ULTRA 1.3 yang dikongsikan sendiri oleh PUMA:

(Visited 76 times, 1 visits today)
Close