Written by 12:18 pm Asia, Bola Sepak

Hos Piala Asia 2027 Dipilih Tahun Hadapan – Bidaan Direbut Oleh India, Iran, Qatar & Arab Saudi

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memaklumkan pemilihan tuan rumah bagi kejohanan Piala Asia bagi edisi 2027 akan dilakukan pada tahun hadapan.

Menerusi satu makluman oleh pihak AFC, hari ini, Jawatankuasa Eksekutif bersetuju untuk membuat pemilihan tersebut pada tahun hadapan berbanding tarikh asal, 27 November 2021 pada Kongres Ke-31 AFC.

Penundaan itu dilakukan disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang menyebabkan kekangan pergerakan organisasi terbabit untuk melakukan lawatan pemeriksaan terhadap negara-negara yang menghantar bidaan untuk menganjurkan kejohanan ini.

Untuk makluman semua, hak untuk menganjurkan kejohanan Piala Asia 2027 ini sedang direbut oleh empat buah negara menerusi persatuan bola sepak masing-masing iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran (FFIRI), Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) dan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF).

Keempat-empat negara ini telah menghantar dokumen bidaan masing-masing dan boleh melihat dokumen tersebut pada pautan di bawah:

Dokumen bidaan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF)

Dokumen bidaan Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran (FFIRI)

Dokumen bidaan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA)

Dokumen bidaan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF)

Featured Image: AFC

(Visited 97 times, 1 visits today)
Close