Written by 11:09 am Asia, Bola Sepak, Malaysia

Malaysia Bakal Bertemu Pasukan Di Ranking Ke-104, Palestin September Nanti?

Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe dikhabarkan bakal bertemu pasukan yang berada di tangga ke-104 dunia iaitu Palestin dalam satu perlawanan persahabatan, September nanti.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub dan dikongsikan oleh akaun twitter @FutbolPalestine awal pagi semalam.

Difahamkan Palestin mahu menguji Malaysia dan Kyrgyzstan sebagai persiapan untuk beraksi dalam kejohanan Piala Arab FIFA yang akan bermula pada Disember kelak.

Setakat ini belum ada sebarang pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri mengenai perlawanan persahabatan ini. 

Malaysia juga memerlukan perlawanan persahabatan yang kompetitif untuk memperbaiki ranking bagi menduduki pot ‘seeding’ yang lebih baik sebelum majlis undian kelayakan pusingan ketiga Piala Asia 2023.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bertemu Palestin adalah pada Jun dan November 2015 semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2018. Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, Malaysia tumpas dengan jaringan besar 6-0.

Featured Image: FAM

(Visited 44 times, 1 visits today)
Close