Written by 4:00 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Atlet Angkat Berat Uganda Yang ‘Melarikan Diri’ Telah Ditemui Polis

Atlet angkat berat Uganda, Julius Ssekitoleko yang dilaporkan ‘melarikan diri’ dari hotel penginapan pra-olimpik di Jepun dilaporkan telah ditemui dan sedang disiasat oleh polis.

Menurut polis di wilayah Mie, atlet berusia 20 tahun itu ditemui di bandar Yokkaichi yang terletak sekitar 169 kilometer (km) dari hotel penginapannya di Izumisano, Osaka.

Setelah ditemui, dia disoal siasat oleh polis dan ditanyakan mengenai apa yang telah terjadi sejak dia dikesan ‘melarikan diri’ bermula jumat lalu.

Menurut pegawai di Izumisano, ketika Julius ‘melarikan diri’ baru-baru ini, atlet tersebut turut meninggalkan sekeping nota bersama bagasinya yang menyatakan dia mahu terus tinggal dan bekerja di Jepun kerana faktor kesusahan di negaranya.

Untuk makluman, Chef de Mission (CDM) Uganda, Beatrice Ayikoru menyatakan Julius sepatutnya layak menyertai temasya Sukan Olimpik dalam acaranya.

Akan tetapi, dia tidak melepasi ‘standard’ bagi ranking antarabangsa yang diumumkan sehari selepas dia tiba di Jepun dan dikehendaki pulang ke negaranya bersama jurulatihnya minggu ini.

Sumber: The Guardian

(Visited 169 times, 1 visits today)
Close