Written by 7:48 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Beregu Campuran Tumpas Pada Perlawanan Pembukaan

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin terpaksa akur tumpas pada perlawanan peringkat Kumpulan D temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasangan yang menduduki tangga ke-7 dunia ini tumpas pada set pertama 18-21 kepada pasangan daripada Hong Kong, Tan Chung man dan Tse Ying Suet.

Gandingan beregu campuran negara ini bangkit pada set kedua dengan mencatatkan kemenangan 21-10. 

Bagaimanapun, Peng Soon dan Liu Yin gagal meraih kemenangan pada set ketiga yang berlangsung dengan penuh sengit. Mereka tumpas di set ketiga dengan keputusan 16-21.

Perlawanan seterusnya, mereka akan bertemu gandingan daripada Jerman, Mark Lamsfuss, Isabel Herttrich pada hari esok, jam 10.20 pagi waktu Malaysia.

(Visited 49 times, 1 visits today)
Close