Written by 6:10 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Hanya 25 Minit Diperlukan Zii Jia Tumpaskan Pemain Ukraine

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak mempunyai sebarang masalah untuk meraih kemenangan pertama peringkat Kumpulan M dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hanya 25 minit diperlukan oleh pemain berusia 23 tahun ini untuk menumpaskan lawannya Artem Pochtarov dari Ukraine secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-5 dan 21-11 di Musashino Forest Sport Plaza.

Untuk aksi seterusnya, Zii Jia akan bertemu wakil Perancis, Brice Leverdez.

(Visited 101 times, 1 visits today)
Close