Written by 11:43 am Lain-Lain

Olimpik 2020: Peng Soon-Liu Yin Tumpas Lagi, Slot Ke Peringkat Kalah Mati Tipis

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin tumpas sekali lagi pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas tewas di tangan pasangan dari Hong Kong, Tan Chung Man dan Tse Ying Suet pada perlawanan pembukaan semalam, Peng Soon dan Liu Yin tumpas pula kepada pasangan dari Jerman, hari ini.

Lebih mengecewawakan, Peng Soon dan Liu Yin tumpas dua ‘straight set’ kepada Mark Lamsfuss dan Isabel Herttrich dengan keputusan 21-12 dan 21-15.

Kekalahan dalam kedua-dua perlawanan ini melihatkan peluang Malaysia untuk mara ke peringkat kalah mati sangat tipis.

Malaysia perlu melihat kepada keputusan melibatkan regu campuran China menentang Hong Kong, sebentar nanti.

Kedudukan semasa bagi saingan Kumpulan D

Sekiranya pasangan beregu campuran Hong Kong meraih kemenangan ke atas China maka Malaysia masih mempunyai peluang.

Namun Malaysia perlu mengambil peluang untuk mencatatkan kemenangan ke atas China sekiranya mahu layak ke peringkat kalah mati.

Perlawanan terakhir beregu campuran Malaysia bertemu pasangan dari China, Wang Li Yiu dan Huang Dong Ping dijadualkan pada jam 6.20 petang esok, waktu Malaysia.

Kemaskini Terkini!! (12.30 pm, 25 Julai)

Pasangan beregu campuran negara sah tersingkir daripada saingan Sukan Olimpik selepas China berjaya menewaskan Hong Kong dengan dua ‘straight set’ sebentar tadi.

Featured Image: BAM

(Visited 105 times, 1 visits today)
Close