Artikel

Olimpik 2020: Regu Wanita No.1 Dunia Bangkit Tundukkan Mei Kuan-Meng Yean

Setelah tumpas pada perlawanan pembukaan, regu wanita negara sekali lagi gagal mendapatkan kemenangan pada perlawanan kedua dalam bagi acara beregu badminton wanita pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Segalanya bermula dengan baik buat pasangan wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean dengan memenangi set pertama dengan keputusan 21-17.

Namun, lawan mereka, yang merupakan regu wanita No.1 dunia, Sayaka Hirota dan Yuki Fukushima berjaya bangkit memenangi dua set yang berikutnya.

Walaupun diberikan tentangan yang sengit daripada Mei Kuan dan Meng Yean (ranking ke-11 dunia) gandingan Jepun ini tetap berhasil menamatkan set kedua dan ketiga masing-masing dengan keputusan 21-15 dan 21-8.

Untuk makluman, nasib mereka ke saingan kalah mati akan bergantung kepada keputusan perlawanan antara pasangan wanita Indonesia dan Great Britain, pada hari esok.

Sekiranya pasangan Britain menang, Mei Kuan dan Meng Yean berpeluang untuk menempah tempat ke saingan kalah mati, dengan syarat memenangi perlawanan ketiga.

Perlawanan seterusnya, mereka akan bertemu pasangan Britain iaitu Chloe Birch dan Lauren Smith.

komen