Artikel

Menentang Selangor Akan Menjadi Perlawanan Yang Sukar – Benjamin Mora

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menjangkakan perlawanan menentang Selangor pada aksi ke-15 Liga Super akan menjadi satu perlawanan yang sukar.

Lebih-lebih lagi skuad Harimau Selatan akan menghadapi Red Giants di gelanggang lawan iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Rabu ini.

“Bagi saya, ya (perlawanan yang sukar). Setiap perlawanan yang kami hadapi sehingga tamat saingan liga adalah sukar.”

“Selangor merupakan salah sebuah pasukan yang sukar (dihadapi) pada pusingan kedua liga, kami pula akan bertandang ke tempat lawan, sudah tentu ia akan menjadi perlawanan yang sukar.” katanya dalam sidang media selepas menumpaskan UiTM FC dengan keputusan 3-1, semalam.

Ketua jurulatih JDY, Benjamin Mora

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Mexico ini tetap menjangkakan pasukannya kekal menampilkan aksi yang baik di atas padang dan mampu meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak liga.

Disebalik jangkaan yang penuh positif tersebut, terbit sedikit kerisauan daripada nada suara Mora sekiranya anak-anak buahnya hilang tumpuan di atas padang pada perlawanan berikutnya. 

“Saya tidak terlalu risaukan Selangor, saya risau akan JDT, saya risaukan permainan JDT, sebabnya jika JDT melakukan tugasnya secara 100% ia akan menjadi sangat sukar untuk pasukan lawan mendapatkan peluang, jika kami tidak fokus dan memberikan peluang, mereka akan hukum kami.”

“Tetapi Selangor merupakan sebuah pasukan yang bagus, mereka telah menunjukkan semangat untuk merebut kejuaraan dan itu merupakan satu perkara yang baik kerana sekarang ini kita mempunyai Terengganu, Kedah dan Selangor yang semakin meningkat sebagai sebuah pasukan. Ini merupakan sebuah pertandingan yang bagus.” jelasnya.

Untuk makluman semua, awal musim lalu, pertembungan antara kedua-dua terikat 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hasil jaringan Ifedayo Olusegun (7’) dan Bergson da Silva (12’).

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen