Written by 7:24 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Aaron Chia-Wooi Yik Beri Tentangan Sengit Kepada Regu No.2 Dunia

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya mampu memberikan tentangan sengit sahaja kepada beregu lelaki No.2 dunia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan.

Secara keseluruhannya, mereka terpaksa akur kalah dua ‘straight set’ kepada pasangan dari Indonesia ini pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Aaron Chia-Wooi Yik tumpas dengan pungutan mata 16-21 pada set pertama. Regu negara ini cuba bangkit untuk memenangi set kedua namun mereka hanya mampu menamatkan saingan dengan keputusan 21-19.

Bagaimanapun, ini bukan pengakhiran buat beregu lelaki negara ini dalam temasya Sukan Olimpik. Mereka masih berpeluang untuk mara ke peringkat kalah mati.

Perlawanan seterusnya dan terakhir, Aaron Chia-Wooi Yik akan bertemu regu lelaki dari Kanada, Jason Anthony Ho-Shue, Nyl Yakura pada 27 Julai, pada jam 7 petang.

(Visited 117 times, 1 visits today)
Close